Program Affiliate Twitch Dilancarkan

Jika korang seorang streamer di Twitch dan mahu menjana pendapatan dari stream, korang mesti menjadi seorang rakan pembuat Twitch atau mendapat derma dari penonton yang menonton stream korang.

Semuanya bakal berubah apabila Twitch memperkenalkan program affiliate mereka.

Program ini membenarkan anda menjana pendapatan dari Twitch sambil membina saluran korang.

Program ini akan dilancarkan dan akan memberi manfaat kepada streamer-streamer baru di luar sana.

Korang kenalah layak untuk masuk ke program ini dan akan dijemput Twitch untuk mendaftar.

Bagamimana untuk layak?

  1. Seorang streamer hendaklah log masuk paling kurang sebanyak 500 minit dalam tempoh broadcast dalam masa sebulan.

  2. 7 broadcast unik dalam masa sebulan.

  3. 3 penonton serentak atau lebih dalam masa sebulan.

  4. Mempunyai 50 followers.


Jika semua syarat mencukupi, korang akan mendapat email dari Twitch.

Dengan perkembangan e-sukan yang semakin berkembang, program-program seperti ini boleh meyuburkan lagi perkembangan e-sukan seluruh dunia.

Sumber