Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perdana Menteri Lancar Program #SayaDigital

Perdana Menteri Lancar Program #SayaDigital

Diterbitkan April 12, 2021 · Dikemas kini April 14, 2021 oleh Wiser MY

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan #SayaDigital sebuah program anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bertujuan meningkatkan kefahaman rakyat terhadap dunia digital.

#LIVE Dengan ini rasmilah Gerakan #SayaDigital oleh YB KSU KKMM di PPR Hiliran Ampang. Maklumat lanjut tentang gerakan ini, layari https://t.co/BbemW1xekf#MyMDEC #MyDIGITAL #LonjakanDigital

@kkmm_gov @ChairmanMdec @iSurinaShukri @DSMM64 pic.twitter.com/cNTixZvyFk

— Malaysia Digital Economy Corporation (@mymdec) April 12, 2021

Program #SayaDigital bertujuan meningkatkan kadar kefahaman digital terutama pada golongan muda, warga emas, b40, dan golongan rentan sosio ekonomi di seluruh negara Malaysia.

Selain itu, program ini juga bertujuan membantu Malaysian Digital Economy Blueprint (MyDIGITAL) mencipta peluang pekerjaan dalam ekonomi digital menjelang tahun 2030.

Disamping itu, pelbagai program seminar serta latihan akan diadakan untuk membantu rakyat menjana pendapatan melalui platform digital eRezeki. Ini termasuk latihan pemahaman digital, seminar perniagaan maya, dan banyak lagi.

Menurut ucapan Perdana Menteri secara maya semalam, pelbagai inisiatif bakal diumumkan sepanjang pelaksanaan tiga fasa sehingga tahun 2030, serta pelaburan kerjasama kerajaan dengan sektor swasta.

Sumber: mdec

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY