Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Memperkenalkan Program Rujukan Menjelang Pelancaran OnePlus 5

OnePlus Memperkenalkan Program Rujukan Menjelang Pelancaran OnePlus 5

Diterbitkan Mei 27, 2017 oleh Wiser MY

Baru-baru ini OnePlus mengumumkan akan mengeluarkan telefon pintar yang dinantikan, OnePlus 5 yang akan dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 835 dan pada masa yang sama mereka juga mengumumkan akan menghentikan pengeluaran OnePlus 3T.

Untuk memeriahkan pelancaran peranti terbaru mereka, syarikat dari China itu akan juga memperkenalkan program rujukan mereka.

Di dalam satu forum sokongan mereka, salah seorang kakitangan e-perdangangan mereka telah menulis yang semua pengguna yang sudah membeli atau ingin membeli peranti OnePlus akan berhak mendapat pautan rujukan unik mereka.

Jika sesiapa yang menggunakan kod pautan itu untuk membeli peranti OnePlus, pemilik kod akan menerima diskaun sebanyak Rm 85 untuk barangan aksesori.

Program ini untuk mereka yang telah membeli telefon pintar OnePlus dari laman rasmi oneplus.net.

OnePlus juga berkata mata rujukan ini boleh digunakan di hub rujukan untuk mendapatkan promosi-promosi lain dari OnePlus.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY