Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Salah Tempat Berlepas, Punca Program Satelit Gagal

Salah Tempat Berlepas, Punca Program Satelit Gagal

Diterbitkan Disember 29, 2017 oleh Wiser MY

Satu program satelit cuaca yang dilancarkan oleh Agensi Angkasa Lepas Rusia (Roscosmos) telah gagal dihubungkan setelah mengalami kegagalan dari segi koordinat. Program yang menelan kos sebanyak RM 183 juta itu mengandungi beberapa satelit kecil dari syarikat penyelidikan dan komersial dari Rusia, Norway, Sweden, US, Canada, Jerman dan Japan.

Dmitry Rogozin selaku Timbalan Perdana Menteri Rusia dalam hal ehwal industri pertahanan berkata Meteor-M (program satelit) telah diprogramkan untuk berlepas dari stesen angkasa Baikonur. Sebaliknya, Meteor-M berlepas dari stesen angkasa baru mereka, Vostochny.

Kedudukan berlepas yang berbeza itu mempengaruhi koordinat satelit tersebut dan diklasifikasikan sebagai kesilapan manusia.

Rusia pertama kali melancarkan satelit mereka dari Vostochny pada bulan April tahun lepas. Kegagalan terbaru mereka ini jelas memburukkan imej agensi angkasa lepas Rusia setelah pelancaran satelit ini ditangguhkan selama sehari selepas mengalami masalah teknikal.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
©2026 WISER.MY