Akan digunakan pada cip Kirin 1020.
Gergasi pengeluar telefon pintar China, Huawei dilaporkan akan memulakan produksi penghasilan cip 5nm yang akan digunakan pada cip pemprosesan terbaru Kirin 1020 dalam bulan Ogos ini.
Ia berdasarkan laporan dari pihak dalaman industri yang mendakwa cip terbaru Huawei itu sudah menerima pengesahan untuk dibangunkan.
Cip tersebut bakal dibangunkan menggunakan teknologi senibina ARM Cortex-A78.
Kelebihan cip 5nm itu dijangka akan membolehkan cip pemprosesan Kirin 1020 dimuatkan sehingga 171.3 juta transistor milimiter persegi.
Sekaligus mampu meningkatkan prestasi cip tersebut sehingga 50% lebih tinggi dari versi Kirin 990 yang ada sekarang.
Huawei juga dikhabarkan akan mula menggunakan cip pemprosesan Kirin 1020 pada model telefon pintar mereka dalam suku ketiga tahun.
Model telefon pintar pertama yang akan menggunakan cip itu pula adalah pada siri Huawei Mate 40.
Sumber: GizChina
Berkaitan
- Huawei Terpaksa Menangguhkan Cita-Cita Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
- Sebanyak 130 Permohonan Dibuat oleh Syarikat A.S Yang Mahu Berurus Niaga Dengan Huawei Tapi Tiada Satu Pun Diluluskan Pentadbiran Trump
- HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition - Skrin Seperti Kertas, Harga RM2299
- 47% Komponen Dalam Huawei Mate 60 Pro Kini Dari China
- Jam Pintar Huawei Dikhabarkan Bakal Menjadi Yang Kedua Sokong Ciri ECG Di Malaysia
- Huawei Lancar TWS, Komputer Riba Dan Tablet Baharu
- Siri Huawei P50 Dilancarkan, Hanya Menyokong Rangkaian 4G Sahaja
- Skor Oleh 'Master Lu' Menunjukkan Kirin 9000 Mengatasi Snapdragon 865 Hampir 50 Ribu Mata
- HUAWEI Tawar Diskaun Sehingga RM1,200 Sempena Hari Ibu
- HarmonyOS Sudah Dipasang Di Lebih Daripada 10 Juta Peranti Huawei