Berdasarkan info awal yang kami terima, Huawei Malaysia berkemungkinan akan membawa masuk sebanyak 2 model jam pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan.
2 Model jam pintar itu pula khabarnya akan dilengkapi dengan spesifikasi premium di mana salah satu ciri utamanya adalah sokongan imbasan electocardiogram (ECG) yang mampu memberikan maklumat berkaitan masalah penyakit berkaitan jantung, dan lain-lain.
Model jam pintar Huawei tersebut belum diketahui lagi tetapi daripada apa yang dikhabarkan, kemungkinan 2 model jam pintar itu adalah merujuk kepada GT 3 Pro dan Huawei Watch.
Model jam pintar Huawei yang ada di pasaran tempatan ketika ini iaitu Huawei Watch GT 2 Pro dan Huawei Watch GT 3 dan Huawei Watch 3 tidak menyokong ciri ECG di Malaysia.
Ini adalah berita yang cukup menarik kerana sehingga kini, hanya siri jam pintar dari Apple iaitu Apple Watch 4, 5, 6 dan 7 sahaja yang menyokong ciri ECG di Malaysia.
Jadi sekiranya jam pintar Huawei terbaru nanti diluluskan penggunaan ciri ECG oleh pihak berwajib, maka ia akan menjadi jenama jam pintar kedua yang diluluskan ciri ECG nya untuk digunakan di Malaysia.
ECG ialah proses merekodkan aktiviti elektrik di dalam jantung dalam satu tempoh masa. ECG sering digunakan oleh doktor untuk mengesan simptom-simptom awal sakit berkaitan jantung seperti dengupan jantung tidak sekata yang boleh mengakibatkan strok dan kegagalan fungsi organ.
Baca juga: