Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HarmonyOS Rasmi, Ekosistem Huawei Sudah Bermula

HarmonyOS Sudah Dipasang Di Lebih Daripada 10 Juta Peranti Huawei

Diterbitkan Jun 10, 2021 ยท Dikemas kini Jun 10, 2021 oleh ariff bukhari

Selepas hanya seminggu ia dilancarkan, sistem operasi terbaru iaitu HarmonyOS yang dibangunkan Huawei khas untuk peranti pintar mereka kini dilaporkan sudah dipasang di lebih daripada 10 juta unit peranti Huawei.

Perkembangan positif ini membuatkan Huawei bukan sahaja mahu menawarkan HarmonyOS pada model-model terbaru dan akan datang peranti mereka, tetapi juga mereka kini dikhabarkan turut bercadang untuk menawarkan harmonyOS pada versi-versi peranti pintar Huawei terdahulu.

Sebelum ini Huawei mensasarkan untuk menaik taraf lebih daripada 300 juta unit peranti keluaran mereka dengan versi HarmonyOS 2.0 dalam tahun ini.

Tetapi selepas perkembangan yang memberangsangkan ini, Huawei kini melonjakkan sasaran mereka kepada 360 juta peranti Huawei akan dipasang dengan HarmonyOS.

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY