Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Masih Disenarai Hitam Oleh Pentadbiran Trump

Sebanyak 130 Permohonan Dibuat oleh Syarikat A.S Yang Mahu Berurus Niaga Dengan Huawei Tapi Tiada Satu Pun Diluluskan Pentadbiran Trump

Diterbitkan Ogos 31, 2019 · Dikemas kini Ogos 31, 2019 oleh ariff bukhari

“Tiada siapa pun tahu apa yang dimahukan Presiden Trump” William Reinsch, bekas pekerja di Jabatan Perdagangan A.S.

Reuters melaporkan, sejak Huawei disenarai hitam oleh pentadbiran Trump, sebanyak 130 permohonan rasmi telah diterima oleh Jabatan Perdagangan A.S dari pelbagai syarikat A.S yang mahu mengadakan urus niaga dengan Huawei.

Malangnya, tiada satu pun dari permohonan tersebut diluluskan oleh jabatan tersebut. Sebelum ini, kerajaan A.S memaklumkan bahawa mereka masih membenarkan syarikat-syarikat A.S melakukan urus niaga dengan Huawei.

Tetapi mereka perlulah membuat permohonan rasmi terlebih dulu bagi urus niaga itu kepada pihak Jabatan Perdagangan A.S.

Menurut salah seorang bekas pekerja jabatan tersebut, para kakitangan di jabatan itu takut untuk melakukan keputusan, khususnya yang berkaitan dengan Huawei.

“Nobody in the executive branch knows what (Trump) wants and they’re all afraid to make a decision without knowing that.” William Reinsch, bekas pekerja di Jabatan Perdagangan A.S.

Huawei setakat ini masih dibenarkan berurus niaga dengan syarikat-syarikat A.S selepas menerima lesen lanjutan sementara dari pentadbiran Trump.

Walaubagaimanapun Huawei tetap menyatakan bahawa ia tetap tidak mengubah fakta bahawa Huawei dilayan dengan tidak adil oleh A.S.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY