Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI MatePad Pro

Huawei Lancar TWS, Komputer Riba Dan Tablet Baharu

Diterbitkan Disember 12, 2023 · Dikemas kini Disember 12, 2023 oleh ariff bukhari

HUAWEI Consumer Business Group (CBG) hari ini melancarkan barisan produk baharu di  dalam acara bertemakan ‘Creation of Beauty’ yang berlangsung di Dubai.

Pada acara itu, Huawei mengumumkan 3 produk baharu yang terdiri daripada fon telinga TWS, komputer riba dan tablet.

TWS Huawei FreeClip Open-ear

FreeClip Open-ear merupakan fon telin TWS open-ear pertama Huawei.

HUAWEI FreeClip Open-ear ini dengan reka bentuk C-bridge mampu menangani cabaran yang dihadapi oleh pengguna dalam sukan luar atau multitasking antara panggilan dalam talian dan kerjasama secara peribadi di tempat kerja.

Huawei Lancar TWS, Komputer Riba Dan Tablet Baharu

Mengutamakan keselesaan dan gaya, Huawei menjalankan ujian dan penyelidikan pengguna sebenar yang luas untuk memastikan keselesaan yang optimum dan kesesuaian ergonomik untuk pengguna dengan pelbagai fesyen dan permintaan gaya hidup.

Tablet HUAWEI MatePad Pro 13.2 inci

Huawei turut menampilkan tablet terbaru mereka yang merupakan tablet 13 inci  ternipis dan paling ringan dalam industri ketika ini.

MatePad Pro baharu ini berfungsi dengan lancar dengan aksesori stylus HUAWEI M-Pencil (generasi ke-3) yang dikuasakan oleh teknologi NearLink dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard.

MKT_MatePad Pro 13.2_Poincare_Product KV_Green_Full Product_Horizontal_EN_HQ_JPG_20231201

Komputer Riba HUAWEI MateBook D 16

Satu lagi produk yang diumumkan mereka hari ini di acara khas itu adalah komputer riba terbaru HUAWEI MateBook D 16.

MateBook D 16 dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core i9 H-series Gen-13 yang menjadikannya sebagai sebuah komputer riba berprestasi.

MKT_MateBook D_Product KV_HQ_MKT MateBook_D 16 Mitchell G_Silver_EN_Horizontal_KV

Dilengkapi dengan paparan 16 inci yang memberikan sudut pandangan yang luas dan jelas, MateBook D 16 baharu yang dinaik taraf ini juga menyokong pelbagai ciri pintar termasuklah sokongan Berbilang Peranti, Huawei Share, Peningkatan Suara Peribadi, Persidangan Pintar yang dilengkapi dengan keupayaan AI Huawei termasuk Kamera AI, Kesan Bunyi AI dan Suara Pintar untuk mencipta pengalaman persidangan yang mendalam, selamat dan cekap.

Harga, spesifikasi lanjut dan ketersediaan bagi semua produk tersebut akan dimaklumkan nanti.

Berkaitan

  • Dapatkan Promosi Tukar Bateri iPhone Serendah RM66 Di Switch
  • Ini Senarai Carian Paling Banyak Dibuat Rakyat Malaysia Tahun 2023
  • Pra-Tempah realme GT3 Sekarang Dan Terima Hadiah Bernilai Lebih RM900

Sumber: Siaran media Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY