Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Juga Dikatakan Mahu Buat Cip Telefon Sendiri

Produk OPPO Di Laman Jerman Lesap, Masa Depan Di Eropah Jadi Tanda Tanya

Diterbitkan Mei 16, 2023 ยท Dikemas kini Mei 16, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada semakan terkini di laman sesawang OPPO Jerman, produk-produk OPPO di laman itu kini lenyap sepenuhnya termasuklah Reno 8 Series dan model terbaru telefon pintar boleh lipat Find N2 Flip.

Laman OPPO Jerman memaparkan mesej yang menyatakan “Tiada maklumat produk tersedia pada masa ini di laman web kami. Beberapa produk juga tidak tersedia di Jerman, termasuk Reno 8 Series, Find N2 Flip.”

Juga dipaparkan di laman muka utama sesawang itu adalah soal jawab berikut:-
S: Bolehkah saya terus menggunakan produk OPPO tanpa sekatan, mengakses sokongan dan menerima kemas kini masa hadapan?
J: Ya, anda boleh terus menggunakan produk OPPO anda tanpa sekatan, akses sokongan dan sudah tentu anda juga akan menerima semua kemas kini masa hadapan.

OPPO Jerman
Tangkap layar: OPPO Jerman

Walau bagaimanapun, produk OPPO di laman stor di negara-negara Eropah yang lain masih tersedia seperti biasa.

Namun begitu status OPPO di Jerman mungkin memberikan bayangan bahaya mereka berdepan kesukaran di pasaran Eropah. Ditambah pula dengan dakwaan dari sumber dalaman yang mendakwa OPPO mungkin akan keluar dari pasaran Perancis selepas 30 Jun 2023.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa OPPO telah menutup operasi pengeluaran bagi cip pemprosesan yang dibangunkan mereka, MariSilicon.

Penamatan operasi secara tiba-tiba itu telah mengejutkan kakitangan mereka.

Berkaitan

  • OPPO Find N2 Flip Berharga RM3999 - Dimensity 9000+, Bateri 4300mAh, Hasselblad
  • OPPO Sah Tutup Unit Yang Bangunkan MariSilicon, Pekerja Turut Terkejut
  • Google Tawar Harga 'Trade-In' Yang Tinggi Untuk Pengguna iPhone Beralih Ke Pixel 7a Dan Pixel Fold

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
©2026 WISER.MY