Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel_Portfolio_1.width-1600.format-webp copy

Google Tawar Harga ‘Trade-In’ Yang Tinggi Untuk Pengguna iPhone Beralih Ke Pixel 7a Dan Pixel Fold

Diterbitkan Mei 16, 2023 · Dikemas kini Mei 16, 2023 oleh ariff bukhari

Google minggu lalu telah pun melancarkan model terbaru siri telefon pintar Pixel 7a dan telefon pintar boleh lipat pertama mereka, Pixel Fold di acara Google I/O 2023.

Menerusi semakan di stor rasmi Google, mereka sudah pun memulakan jualan untuk Pixel 7a dan Pixel Fold.

Untuk merancakkan lagi jualan Pixel 7a dan Pixel Fold, Google menawarkan program ‘trade-in‘ (tukar beli) untuk iPhone.

Ditawarkan untuk iPhone 6 Plus sehinggalah yang terbaru iPhone 14 Pro Max, anggaran harga trade-in untuk iPhone kepada Pixel 7a adalah serendah USD32 (~RM143) sehinggalah setinggi USD750 (~RM3369).

Pixel 7a trade-in

Sementara untuk Pixel Fold pula, model iPhone yang boleh di trade-in juga adalah dari iPhone 6 Plus sehingga iPhone 14 Pro Max.

Anggaran harga trade-in yang ditawarkan untuk iPhone kepada Pixel Fold pula adalah serendah USD32 (~RM143) hingga boleh mencecah USD950 (~RM4267).

Pixel fold trade-in

Harga jualan bagi Pixel 7a adalah bermula dari USD499 (~RM2,220) dan Pixel Fold pula berharga dari USD1,799 (~RM8,004).

Cuma sayangnya, program trade-in ini hanya ditawarkan untuk stor Google di beberapa buah negara sahaja seperti stor Google AS, Jerman dan UK.

Berkaitan

  • Telefon Boleh Lipat Pertama Google Kini Rasmi, Harga Bermula Sekitar RM8,000
  • Pixel 7a Dilancarkan Dengan Naik Taraf Sistem Kamera
  • Cara Mudah Buka Akaun CIMB OctoSavers Secara 'Online'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Bangunkan Sistem Keselamatan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
©2026 WISER.MY