Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Produk Fitbit Tidak Lagi Dijual Di 29 Buah Negara Termasuk Malaysia

Produk Fitbit Tidak Lagi Dijual Di 29 Buah Negara Termasuk Malaysia

Diterbitkan November 21, 2023 oleh ariff bukhari

Pengeluar jam sukan popular, Fitbit mengumumkan mereka tidak lagi menjual produk-produk mereka di 29 buah negara termasuklah Hong Kong, Korea, Malaysia, Thailand dan Filipina.

Negara-negara Eropah yang turut ditarik keluar produk Fitbit termasuklah Croatia, Republik Czech, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Poland, Portugal, Romania dan Slovakia.

Tetapi mereka masih mengekalkan jualan produk Fitbit di dalam 23 buah negara.

Bagi anda yang mungkin tidak tahu, dalam tahun 2020 lalu, Fitbit mengumumkan bahawa syarikat telah diperoleh oleh Google dan penarikan produk mereka di 29 buah negara ini mungkin adalah peralihan secara berperingkat Fitbit beralih sepenuhnya kepada pemilikan Google.

Google dalam satu kenyataan memaklumkan, pengguna Fitbit yang terjejas masih akan menerima sokongan dari mereka.

“Kami tidak lagi menjual produk Fitbit di negara terpilih—tetapi jangan risau! Kami akan terus menyokong anda dan peranti yang anda miliki pada masa ini dengan keluaran perisian, kemas kini keselamatan, pemenuhan waranti dan akses kepada perkhidmatan pelanggan.”

Berkaitan

  • Google Berjaya Mengambil Alih Fitbit Dengan Nilai RM8.5 Bilion
  • CEO Google Beri Amaran Yang 'Sideload' Aplikasi Beri Risiko Bahaya Pada Peranti
  • YouTube Dilapor Perlahankan Video Untuk Beberapa Pengguna Firefox

Sumber: Google

(Beli pelbagai produk Fitbit di stor rasmi di shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY