Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prasarana Laksana Sistem Pembayaran Terbuka Mulai Tahun Depan

Prasarana Laksana Sistem Pembayaran Terbuka Mulai Tahun Depan

Diterbitkan Januari 9, 2024 oleh Amalina Athman

Sistem pembayaran terbuka bagi rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan dilaksanakan bermula tahun depan.

Berkaitan

  • Prasarana Cadang Tambah Sehingga 250 Buah Bas Elektrik Tahun Ini

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kemudahan itu akan disediakan di 140 stesen merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel.

Jelasnya, pelaksanaan itu memerlukan sedikit masa bagi meneliti beberapa perkara sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata usaha itu turut mengambil kira proses mengubah suai gantri di setiap stesen yang agak rumit, agar dapat diintegrasi menggunakan sistem tersebut.

Tambah Anthony, semua stesen perlu diintegrasi telebih dahulu sebelum kaedah sistem pembayaran terbuka diguna pakai.

Perlu diketahui, sistem pembayaran terbuka itu tidak akan menggantikan kaedah pembayaran sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Go atau token. Sebaliknya, ia kelak akan menjadi mod pembayaran tambahan dengan memperkenalkan pembayaran melalui MyDebit dan kad kredit.

Sumber: RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY