Setelah hampir sebulan dilancarkan, Apple kini mengesahkan semua model iPhone 12 telah mula ditawarkan di Malaysia melalui pra-tempahan mulai 9 malam ini. Sementara itu, 4 model ini akan dijual secara rasmi mulai 13 November 2020.
Terdahulu, beberapa pengedar produk Apple seperti Switch, Lazada dan Machines telah pun mengumumkan tarikh tersebut. Menerusi kemaskini di laman web Apple Malaysia, ia mengesahkan tarikh pra-tempahan dan jualan rasmi untuk pasaran tempatan.
Bagi harga jualan, ianya juga telah diumumkan sejak pelancaran bulan lalu. Di bawah ini adalah harga rasmi bagi iPhone 12, iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max untuk pasaran Malaysia:
iPhone 12 mini
- 64GB – RM3399
- 128GB – RM3599
- 256GB – RM4099
iPhone 12
- 64GB – RM3899
- 128GB – RM4099
- 256GB – RM4599
iPhone 12 Pro
- 128GB – RM4899
- 256GB – RM5399
- 512GB – RM6299
iPhone 12 Pro Max
- 128GB – RM5299
- 256GB – RM5799
- 512GB – RM6699
Pra-tempahan boleh dilakukan mulai 9 malam ini melalui laman web rasmi Apple Malaysia.