Siri iPhone 12 Dan 12 Pro Mula Dijual Di Malaysia Pada 13 November, Pra-Tempahan Pada 6 November

Harga jualan kesemua 4 model iPhone 12 di Malaysia bukanlah satu kejutan lagi memandangkan ia sudah terpapar rasmi pada laman web Apple sejak pelancarannya 2 minggu lepas.

Namun begitu, apa yang masih menjadi misteri adalah tarikh penjualan rasminya untuk pasaran tempatan.

Beberapa pengedar produk Apple seperti Switch, Lazada, dan Machines kini mula mengumumkan pra-tempahan untuk siri iPhone 12 dan iPhone 12 Pro akan bermula pada 6 November 2020 (Jumaat) pada pukul 9 malam.

Melalui kiriman Digi pula, kita dapat melihat mereka telah mendedahkan tarikh jualan secara rasmi untuk semua pula adalah pada 13 November 2020 iaitu seminggu selepas itu.



Sehubungan dengan itu, ini merupakan harga rasmi kesemua iPhone 12 untuk pasaran Malaysia:

iPhone 12

  • iPhone 12 Mini 64GB - RM3399

  • iPhone 12 Mini 128GB - RM3599

  • iPhone 12 Mini 256GB - RM4099

  • iPhone 12 64GB - RM3899

  • iPhone 12 128GB - RM4099

  • iPhone 12 256GB -  RM4599


iPhone 12 Pro Max

  • iPhone 12 Pro 128GB - RM4899

  • iPhone 12 Pro 256GB - RM5399

  • iPhone 12 Pro 512GB - RM6299

  • iPhone 12 Pro Max 128GB - RM5299

  • iPhone 12 Pro Max 256GB - RM5799

  • iPhone 12 Pro Max 512GB - RM6699