Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pra Tempah Vivo V11 Dan V11i Sudah Mula Dibuka, Peranti Dengan Sistem Imbasan Cap Jari Dalam Paparan

Pra Tempah Vivo V11 Dan V11i Sudah Mula Dibuka, Peranti Dengan Sistem Imbasan Cap Jari Dalam Paparan

Diterbitkan September 10, 2018 oleh Helmi Samsuri

Satu demi satu telefon pintar diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dan kali ini merupakan giliran Vivo pula.

Model V11 dan V11i dilihat sudah boleh mula dibeli secara pra tempah dibeberapa laman beli belah dalam talian.

Pra Tempah Vivo V11 Dan V11i Sudah Mula Dibuka, Peranti Dengan Sistem Imbasan Cap Jari Dalam Paparan

Dijual pada harga RM1699, Vivo V11 dilihat membawakan spesifikasi sistem imbasan cap jari dalam paparan sepertimana Vivo X21 dan Vivo NEX.

Skrin yang digunakan adalah dari jenis Super AMOLED 6.4 inci dengan paparan Halo FullView dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 91.27%.

Ia turut menampilkan cip Snapdragon 660 bersama dengan RAM 6GB dan storan sebesar 128GB. Dijana dengan bateri berkapasiti 3400mAh yang dicas menggunakan Dual Engine Fast Chargin.

Untuk tetapan kamera, ia menggunakan gabungan dwi piksel 12MP dan 5MP. Sementara dibahagian hadapan dilengkapi dengan lensa 25MP disokong ciri beautify dari bantuan AI.

Pra Tempah Vivo V11 Dan V11i Sudah Mula Dibuka, Peranti Dengan Sistem Imbasan Cap Jari Dalam Paparan

Model “adik”, V11i pula membawakan skrin IPS FHD+ 6.3 inci dipacu dengan cip Helio P60, ruang storan 128GB, RAM 4Gb, sensor pengimbas cap jari dibelakang, dwi lensa belakang 16MP dan 5Mp, kamera selfie 25MP dan bateri 3315 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Dual Engine Fast Charging. Ia diletakkan pada nilai RM1299.

Kedua-duanya mempunyai rekaan takuk kecil sama seperti OPPO F9 dan untuk membuat tempahan anda boleh layari Shopee atau Lazada.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY