Pra-Tempah Siri Galaxy A (2017) Dan Dapatkan Fon Kepala Level U Pro Secara Percuma

Bermula sejak 6 Januari yang lalu Samsung Malaysia telah mengadakan satu promosi dimana bakal pembeli Galaxy A7 yang membuat pra tempah boleh mendapatkan fon kepala tanpa wayar Level U Pro (RM399) secara percuma. Terdapat dua cara pra-tempah yang boleh anda lakukan; pra-tempah dikedai ataupun secara atas talian.
Berikut merupakan cara mudah pra-tempah di kedai yang boleh anda ikuti;

  1. Pergi ke mana-mana outlet Samsung yang mengambil bahagian

  2. Isi borang pra tempah dengan maklumat yang diperlukan

  3. Bayar deposit sebanyak RM100

  4. Simpan resit "salinan pelanggan" yang ada pada borang pra-tempah

  5. Ketika mahu mengambil telefon pintar, serahkan salinan pelanggan dan juga kad pengenalan di outlet yang sama anda membuat tempahan dan bayar baki pembelian. Pra-tempah boleh diambil bermula 25 Januari sehingga 19 Februari 2017.


Bagi pra-tempah atas talian anda boleh berbuat demikian di laman beli-belah atas talian berikut;

untitled

Samsung Malaysia telah memperkenalkan dua buah model untuk pasaran dalam negara iaitu Galaxy A5 dan Galaxy A7. Masing-masing akan dijual pada harga RM 1699 dan RM1899. Galaxy A7 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 5.7 inci dan beroperasi menggunakan platform Android Marshmallow. Diperkasa dengan cip pemproses Exynos 7880 Octa dan storan  mampu mencecah 256GB menerusi slot tambahan. Galaxy A5 pula tampil dengan skrin paparan Super AMOLED 5.5 inci dan turut menggunakan cip pemproses dari model yang sama dengan A7.

Promosi ini telah pun berlangsung dari 6 Januari yang lepas dan akan tamat pada 15 Januari ini. Jadi bagi anda yang bercadang memiliki telefon pintar siri Galaxy A jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan fon kepala Level U Pro secara percuma. Untuk maklumat lebih lanjut tentang pra-tempah ini, sila layari laman web rasmi Samsung Malaysia.

Sumber: Samsung Malaysia