Samsung Malaysia Akan Perkenal Siri Galaxy A Pada 5 Januari 2017

Dua hari yang lepas, Samsung ada memberi bayangan yang mereka akan memperkenalkan Siri Galaxy A untuk pasaran dalam negara. Model yang dikhabarkan hadir dengan ciri kalis air itu  akan dilancarkan pada Khamis minggu hadapan (5/1/2017) dengan jemputan ke majlis pelancaran telah pun diedarkan kepada pihak media.

Sebelum ini, Samsung ada mendedahkan satu imej dimana Siri Galaxy A mungkin dilengkapi dengan ciri kalis air. Tetapi menurut, laman Mdroid ia masih belum dapat dipastikan lagi sama ada sokongan kalis air itu adalah untuk kesemua Siri Galaxy A ataupun untuk model yang berspesifikasi tinggi sahaja.

161229-samsung-galaxy-a5-2017-render

Sama seperti model terdahulu, siri Galaxy A akan terdapat dalam beberapa saiz pilihan. Buat masa ini, hanya dua model yang tersebar di internet dan dikenal pasti sebagai model Galaxy A3 (2017) dan Galaxy A5 (2017). Jika dilihat pada imej yang tersebar, rekaan siri Galaxy A sedikit menyerupai model flagship keluaran syarikat tersebut. Speaker model siri ini kelihatan terletak disebelah kanan, sama seperti Galaxy J7 Prime.

161229-samsung-galaxy-a5-2017-render-2-1

Dari segi spesifikasi pula, dipercayai model Galaxy A3 dipasang dengan skrin paparan HD 720p 4.7 inci dan diperkasa dengan pemproses Exynos 7870 disamping RAM 2GB dan storan dalaman sebesar 16GB. Untuk kamera pula, ia hadir dengan kamera utama 13 megapiksel dan kamera selfie 8 megapiksel.

Sementara itu, model Galaxy A5 pula dilengkapkan dengan skrin paparan HD penuh yang lebih besar berukuran 5.2 inci dan dikuasakan dengan pemproses Exynos 7880. Turut digandingkan untuk model ini adalah RAM 3GB dengan storan dalaman 32GB. Ia juga didatangkan dengan kamera 16 megapiksel untuk kamera utama dan kamera selfie.

Sumber: mdroid, WinFuture