Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Portal Sekolahku_Kementerian Digital

Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform

Diterbitkan November 3, 2026 ยท Dikemas kini November 3, 2026 oleh Amalina Athman

Maklumat rasmi mengenai sekolah di seluruh negara kini dihimpunkan dalam satu platform digital berpusat menerusi Portal Sekolahku, yang dibangunkan bagi memudahkan ibu bapa, penjaga dan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan.

Menerusi portal ini, maklumat yang disediakan merangkumi carian sekolah berdasarkan lokasi, profil, statistik asas sekolah, bantuan persekolahan, takwim, berita semasa dan sebagainya. Penyatuan maklumat tersebut membolehkan orang ramai mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan sekolah melalui satu saluran.

Pembangunan Portal Sekolahku diterajui oleh Kementerian Digital menerusi GovTech Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kerjasama ini menggabungkan kepakaran teknologi GovTech Malaysia dengan pengetahuan KPM mengenai ekosistem pendidikan negara.

Menurut Kementerian Digital, kerjasama ini turut mencerminkan pelaksanaan pendekatan Whole-of-Government dalam pembangunan penyelesaian digital kerajaan.

Portal Sekolahku kini diserahkan kepada KPM untuk pemilikan dan pengoperasian selanjutnya. KPM seterusnya akan memastikan ketepatan maklumat, tadbir urus data serta penambahbaikan portal terus diberi perhatian bagi memenuhi keperluan pengguna.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Portal Rakyat Digital Versi Baharu Dilancarkan - Jadi Hab Pembelajaran Digital, Termasuk Akses AI Percuma Untuk 100,000 Belia
  • Kerajaan Tawar Akses Coursera Percuma 3 Bulan Kepada 100,000 Rakyat Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY