Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Square RSR Available Nationwide

PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR Kini Dengan Hadiah Percuma Bernilai RM1,597

Diterbitkan Januari 24, 2025 · Dikemas kini Januari 24, 2025 oleh ariff bukhari

HONOR hari ini mengumumkan edisi mewah  HONOR, PORSCHE DESIGN bagi model telefon pintar HONOR Magic7 RSR sudah tiba di Malaysia.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR mempunyai sistem tiga kamera yang ditambah baik selain sedikit berbeza dengan HONOR Magic7 Pro.

Ia terdiri daripada Kamera Utama H9800 Super Dynamic 50MP, Kamera Telefoto Periskop 200MP yang dipertingkatkan dan Kamera Lebar 50MP.

Telefon pintar ini juga didatangkan dengan Sistem Autofokus Matrix LiDAR 1200-Point untuk mempertingkatkan ketepatan memfokus, kelajuan dan penjejakan terutamanya bagi objek yang bergerak.

HONOR Magic7 RSR Now Available Social Media (1)
Peranti ini tersedia dalam dua warna menawan inspirasi daripada Porsche iaitu warna baharu Provence dan Agate Grey.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR dilengkapi dengan RAM 24GB dan storan gergasi 1TB pada harga RM6,999 di stor HONOR terpilih di seluruh negara iaitu:

  • HONOR Store The Exchange TRX, Kuala Lumpur
  • HONOR Store Pavilion Elite, Kuala Lumpur
  • HONOR Store The Gardens Mall, Kuala Lumpur
  • HONOR Store Plaza Lowyat, Kuala Lumpur
  • HONOR Store Setapak central Mall, Kuala Lumpur
  • HONOR Store Publika, Kuala Lumpur
  • HONOR Store Sunway Pyramid, Selangor
  • HONOR Store 1Utama, SelangorHONOR Store AEON Mall Nilai, Selangor
  • HONOR Store IOI City Mall, Putrajaya
  • HONOR Store Gurney Plaza, Penang
  • HONOR Store Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu
  • HONOR Store AEON Mall Kuching Central, Kuching
  • HONOR Store AEON Mall Bandaraya Melaka
  • HONOR Store The Mall Mid Valley Southkey, Johor Bahru
  • HONOR Store Sutera Mall, Johor

Selain itu, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR kini turut didatangkan dengan hadiah percuma bernilai RM1,597, meliputi Jaminan Lanjutan 1 Tahun, Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari dan Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge.

HONOR Magic7 RSR Free Gift Social Media

Malah pembeli juga boleh membeli jam tangan pintar HONOR Watch 5 yang berharga RM599 pada harga RM9.90 sahaja apabila membeli PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR, sementara stok masih ada. 

Untuk maklumat lanjut mengenai PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR, layari laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

Berkaitan

  • HONOR Magic7 Pro Dilancar Dengan Harga Bermula RM4,599

Sumber: Siaran media HONOR Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY