Polis Sudah Temui Petunjuk Bagaimana Kebocoran 50 Juta Data Peribadi Terjadi

Kes kebocoran data peribadi kini semakin hangat diperkatakan, dan antaranya adalah tentang aduan kad pengenalan di daftar pada nombor telefon bukan milik pengguna.

Terkini, laporan mengenai siasatan kes terbabit telah timbul dimana, pihak polis sudah berjaya menemui petunjuk bagaimana kebocoran data itu berlaku. Memetik laporan dari Berita Harian Online, difahamkan ia terjadi ketika proses pemindahan data di sebuah syarikat.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, ada kakitangan di syarikat tersebut yang mengambil kesempatan dengan membocorkan data itu kepada pihak lain ketika proses pemindahan sedang dijalankan.

Beliau juga menambah siasatan terperinci akan terus dijalankan berdasarkan petunjuk yang ada, serta tindakan sewajarnya akan diambil. Difahamkan juga kes kebocoran maklumat peribadi ini tidak melibatkan kegiatan sindiket dan tiada kaitan dengan syarikat telekomunikasi.

Sumber: Berita Harian Online