Terdapat Aduan Kad Pengenalan Didaftarkan Pada Nombor Telefon Yang Bukan Milik Mereka

Berikutan kes kebocoran data besar-besaran yang melibatkan hampir 50 juta maklumat rakyat Malaysia, Keith Rozario, seorang pembangun tempatan telah membangunkan satu platform dengan tujuan menyemak sama ada maklumat tersebut digodam ataupun tidak.

Hasil daripada semakan di laman SayaKenaHack.com, beberapa pengguna mengadu kad pengenalan mereka telah didaftarkan keatas nombor telefon yang bukan milik mereka.

Salah seorang mangsa, beliau menyemak dan mendapati 1 nombor telefon pra-bayar yang tidak diketahui. Disyaki data peribadi beliau telah disalahguna untuk mendaftar nombor berkenaan.

Perkara yang sama turut terjadi kepada beberapa mangsa yang lain. Ketua pegawai sektor keselamatan dan penguatkuasaan rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Zulkar­nain Mohd Yassin, percaya bahawa kes itu mungkin hasil dari pencurian identiti yang membawa maksud, data peribadi mangsa dicuri sebelum kejadian pencerobohan data yang terjadi sekitar 2014 itu.

Beliau turut menasihatkan kepada pemilik kad pengenalan yang disalah guna itu supaya membuat laporan di syarikat telco dan SKMM untuk mengesahkannya.

Sumber: The Sun