Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook, Twitter, Microsoft, Dan Youtube Cipta Pangkalan Data “Kandungan Pengganas”

Facebook, Twitter, Microsoft, Dan Youtube Cipta Pangkalan Data “Kandungan Pengganas”

Diterbitkan Disember 6, 2016 oleh Helmi Samsuri

Nampaknya syarikat media sosial gergasi dari Amerika Syarikat akan berganding bahu dalam menangani masalah pengganas yang semakin berleluasa. Empat syarikat yang dimaksudkan adalah Facebook, Twitter, Microsoft dan Youtube akan bersama-sama membina satu pangkalan data yang mengandungi foto serta video yang biasa digunakan untuk merekrut orang ramai menyertai kumpulan pengganas. Pangkalan data yang dikongsi itu akan mengenal pasti imej melalui cap jari digital unik, memudahkan platform media sosial terbabit memadam imej itu dari terus tersebar.

” Tidak ada tempat untuk kandungan yang menggalakkan keganasan di dalam perkhidmatan yang dihoskan kami,” jelas syarikat-syarikat terbabit dalam satu pengumuman yang dibuat secara bersama. “Apabila menerima amaran, kami akan segera mengambil tindakan terhadap kandungan berdasarkan polisi yang telah dipersetujui.”

images

Sebelum ini empat syarikat terbabit turut menjalin kerjasama dalam memerangi masalah pornografi kanak-kanak yang turut menggunakan teknik yang sama. Teknik ini telah dibangunkan oleh Internet Watch Foundation di UK. Ia juga tidak terhad kepada media sosial dimana Google turut membantu dengan mengimbas setiap akaun Gmail untuk mengesan kandungan lucah kanak-kanak.

Difahamkan kandungan yang ditanda berunsur keganasan oleh pangkalan data tidak akan dibuang dari platform secara automatik, sebaliknya  ia akan dikaji oleh setiap syarikat untuk menentukan sama ada ia melanggar syarat perkhidmatan syarikat.

Tahun ini, syarikat rangkaian media sosial menerima kritikan hebat kerana dilihat kurang mengawasi platform mereka dari disalahgunakan untuk aktiviti keganasan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY