Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-01-28 at 2.46.09 PM

YouTube Akan Mula Kurangkan Cadangan Video Seperti Bumi Datar Dan Penawar Penyakit Yang Meragukan

Diterbitkan Januari 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Setiap kali kita ketandusan idea untuk menonton di YouTube, perkara yang dilakukan adalah melihat kepada senarai video cadangan yang dipaparkan.

Bagi memberikan pengamalan tontonan yang lebih baik kepada pengguna, YouTube telah membuat pengumuman untuk mengurangkan cadangan kandungan video yang meragukan seperti contoh penawar kepada penyakit serius, bumi mendatar atau tuduhan melibatkan peristiwa 9/11.

YouTube menyatakan langkah mengehadkan cadangan video-video berunsur meragukan itu bakal membawa kebaikan kepada komuniti YouTube. Ia tidak bermaksud video-video terbabit dibuang dari YouTube tetapi ia tidak muncul dari senarai cadangan.

Kaedah pengurangan ini merupakan kombinasi sistem pembelajaran mesin dan manusia sebenar sebagai penilai kandungan video.

Sumber: YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY