Digi Mudahkan Pengguna Membeli Dan Mengurus Data Internet Dalam Android

Digi Telecommunications Sdn Bhd hari ini telah melancarkan satu ciri pengurusan data mudah alih untuk Android.

Ciri itu membolehkan pengguna telefon pintar Android versi 4.0 dan terkini membolehkan mereka mengemaskini serta menerima notifikasi mengenai status pelan data masing-masing.



Ia boleh diakses terus dari tetapan telefon tanpa memerlukan pengguna memuat turun aplikasi yang berasingan. Syarikat menyatakan, dengan kehadiran ciri pengurusan data mudah alih ini, pengguna dapat menikmati servis tanpa henti serta kadar gangguan yang minimum.

Digi telah bekerjasama dengan Telenor (syarikat rangkaian Thailand) dan Google untuk membina API bagi pelan data mudah alih ini. Ketika ini, hanya dua syarikat telco sahaja didunia yang menawarkan kemaskini pelan secara terus dalam tetapan telefon pintar iaitu Telenor dan Digi.

Fasa percubaan sedang dijalankan dan hanya sebahagian pengguna Digi dapat merasainya. Ia bakal ditawarkan secara berperingkat selepas proses percubaan ini tamat.