Dapatkan 333MB Data Percuma Setiap Hari Dengan Xpax Turbo







Pada Selasa yang
lalu Celcom telah melancarkan pakej prabayar yang terbaharu, Xpax Turbo.
Syarikat telco itu menyatakan pakej baharu ini merupakan pakej terbaik yang
berada dipasaran buat masa sekarang.





Celcom akan
menyediakan 10GB internet burung hantu kepada para pengguna Xpax Turbo. Ini
bermakna pengguna akan mendapat 333MB internet burung hantu percuma setiap hari bermula dari jam 1 pagi hingga 7 pagi.





Berikut
merupakan pakej yang terdapat dalam Xpax Turbo:


  • 200MB data + 100MB Facebook pada harga RM 5 (3 hari)

  • 600MB data + 600MB Facebook + 300MB Youtube pada harga RM 10 (7 hari)

  • 2GB data + 1GB Facebook + 1GB Youtube pada harga RM 30 (30 hari)

  • 5GB data + 2GB Facebook + 2GB Youtube pada harga RM 50 (30 hari)

  • 9GB data + 3GB Facebook + 3GB Youtube pada harga RM 80 (30 hari)






Selain itu,
Celcom juga akan memberi 500MB data percuma bagi penggunaan Whatsapp dan
Wechat. Bagi pengguna yang belum mendaftar pakej ini, mereka masih boleh
mengakses internet dengan kelajuan 64kbps. Langganan premium tanpa had Yonder Music juga akan dikekalkan dalam pakej Xpax Turbo ini. Prabayar baharu ini dijangka akan berada dipasaran pada awal bulan ini.