Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1_U Mobile x Microsoft_GoOffice (1)

U Mobile Dan Microsoft Tawar Pakej Aplikasi Office, Suara Serta Data Tanpa Had

Diterbitkan Ogos 7, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pengendali rangkaian dalam negara, U Mobile kini menjalin kerjasama dengan Microsoft untuk menghadirkan pakej menarik serta mampu milik dalam usaha membantu pendigitalan perniagaan di Malaysia.

Photo 1_U Mobile x Microsoft_GoOffice (1)
Dari Kiri: Iva Chan (Pengurus Pengarah Bersepadu Microsoft), Michal Golebiewski (Ketua Pegawai Pemasaran & Operasi Microsoft), Wong Heang Tuck (Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah, U Mobile), Jasmine Lee (Ketua Pegawai Pemasaran, U Mobile), Chen Chiat Chiat (Ketua Pegawai Kewangan, U Mobile)

Dikenali sebagai GoOffice, ia merupakan pakej yang menggabungkan penawaran suara, data dan aplikasi Microsoft Office 365  kepada semua perniagaan terutama sekali bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Ciri-ciri yang ditawarkan menerusi GoOffice:

  • Microsoft Office 365 untuk Perniagaan
    • Microsoft Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Access
      (pada komputer sahaja)
    • Kapasiti penyimpanan cloud sebanyak 1TB pada OneDrive
    • Sehingga 15 peranti (telefon pintar, Mac/PC, tablet)
  • 1 x Talian Pascabayar Utama
    • Suara dan data tanpa had
    • 4GB data Roam-Onz, yang membolehkan perantauan data di 12
      destinasi
    • 20GB untuk hotspot
  • 2 x Talian Pascabayar Tambahan
    • Suara tanpa had
    • 6GB data berkelajuan tinggi
    • 500MB data Roam-Onz,
    • Waze tanpa had

Pemilik perniagaan boleh menambahkan talian tambahan serta pelbagai lesen
Microsoft Office 365 tambahan kemudian selaras dengan pertumbuhan perniagaan
mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari GoBiz.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
©2026 WISER.MY