Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (3)

POCO M6 Diperkenalkan Dengan Cip Dimensity 6100+

Diterbitkan Disember 27, 2023 oleh Muhd Idham

POCO M6 5G kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran india yang mana telefon ini adalah antara telefon dengan 5G mampu milik.

POCO M6 Diperkenalkan Dengan Cip Dimensity 6100+

Untuk pengetahuan anda, peranti ini dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 6100+ dan dipadankan dengan pilihan konfigurasi 4GB/6GB/8GB RAM serta pilihan storan 128GB/256GB.

Telefon pintar ini juga menjalankan MIUI 14 yang berasaskan sistem pengendalian Android 13. Kamera yang digunakan pula adalah kamera utama 50MP dan kamera swafoto 5MP.

Selain itu, paparan skrin bagi POCO M6 ini adalah IPS LCD 6.74 inci dengan kecerahan puncak 600 nits. Kadar segar semulanya pula adalah 90Hz dan mempunyai resolusi 720 x 1600 piksel.

Telefon pintar ini juga dibekalkan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Untuk pengetahuan anda, POCO M6 5G ini adalah penjenamaan semula daripada telefon pintar Redmi 13C 5G dengan 2 pilihan warna iaitu Galactic Black dan Orion Blue.

Malangnya, POCO M6 5G ini hanya akan tersedia untuk rakyat negara India sahaja buat masa sekarang dengan harga yang ditawarkan seperti di bawah dan tidak pasti adakah ia akan dibawa masuk untuk pasaran malaysia.

  • 4GB RAM + 128GB = INR10,499 (~RM582.47)
  • 6GB RAM + 128GB = INR11,499 (~RM637.95)
  • 8GB RAM + 256GB = INR13,499 (~RM748.91)

Berkaitan

  • POCO M6 Dengan Sokongan 5G Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi
  • Xiaomi Malaysia Umum Redmi 13C - 6GB RAM, Harga RM499
  • Informasi Berkaitan Penipuan 'Sim Swap' Adalah Palsu - JSJK PDRM
  • Sedang Percuma, Hampir 90% Pemain Syorkan Game Berharga RM195 Ini

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY