POCO X3 NFC Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM799 Pada 17 September Ini

Mungkin ada antara antara yang ingin mendapatkan POCO X3 NFC dengan potongan harga, namun tidak sempat atau terlepas peluang. Kini, POCO Malaysia mengumumkan POCO X3 NFC akan tersedia di Lazada bermula 17 September ini.



Mengimbas kembali, POCO X3 NFC hadir dengan dua pilihan warna iaitu Shadow Gray dan Cobalt Blue. Peranti ini menyokong kadar segar semula 120Hz dan input sentuhan setinggi 240Hz. Ia dijana cip pemproses Snapdragon 732G dan dipadankan dengan memori 6GB+64GB dan 6GB+128GB.

Kamera belakang dimuatkan dengan tetapan 4 lensa yang terdiri daripada 64MP utama dengan sensor Sony IMX682, 13MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP depth. Selain itu, ia hadir dengan kapasiti bateri 5160mAh serta menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB Type-C.

promosi POCO X3 NFC

Untuk jualan pertama POCO X3 NFC di Lazada, peranti ini ditawarkan dengan harga promosi RM799 bagi varian 6GB+64GB. Sementara, varian 6GB+128GB pula berharga RM949 (harga normal RM1099). Sebagai tambahan, 100 pelanggan pertama akan menerima BlackShark Fun Cooler secara percuma.