Poco F2 Pro Kini Ditawarkan Pada Harga Promosi Serendah RM1519

Jika anda ingin mendapatkan Poco F2 Pro pada harga promosi, Xiaomi kini kembali dengan potongan harga bagi peranti itu. Mula diperkenalkan di Malaysia pada harga RM2199, ia kini ditawarkan pada harga promosi serendah RM1519.



Menerusi Xiaomi Official Store Global di Shopee, promosi harga RM1519 ditawarkan bagi pilihan warna Grey sahaja. Sementara pilihan warna White dan Purple ditawarkan pada harga RM1599.

Terdahulu, Poco F2 Pro versi asas ini telah mula dijual dalam pasaran Malaysia pada Jun yang lalu. Ia hadir dengan skrin paparan AMOLED 6.67 inci (FHD+), dijana cip pemproses Snapdragon 865 serta RAM 6GB/128GB storan dalaman.

Pada bahagian kamera pula dimuatkan dengan sistem kuad kamera yang terdiri daripada 64MP+13MP+5MP+2MP. Rakaman hadapan menggunakan mekanisme terangkat 20MP. Ia turut disediakan dengan sistem penyejukan LiquidCool 2.0.

Untuk mendapatkan Poco F2 Pro pada harga RM1519, layari Shopee di https://invol.co/cl1003w.