Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Poco F2 Mungkin Dilancarkan Pada Minggu Hadapan

Poco F2 Mungkin Dilancarkan Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan Mei 7, 2020 oleh Helmi Samsuri

Deretan khabar angin mengenai Poco F2 sudah bermula sejak sekian lama, dan kini ia kembali bertiup kencang dengan pelancarannya mungkin dibuat pada minggu hadapan.

Menerusi kicauan yang dibuat oleh @Sudhanshu1414, Poco F2 Pro akan membuat kemunculan rasmi pada 12 Mei 2020 di Madrid Sepanyol sekitar jam 2 petang waktu tempatan.

So here’s the POCO F2 Pro launch details for you guys.
Feel free to retweet ?

Date: 12 May 2020
Time: 14:00
Location: Madrid, Spain.

— Sudhanshu (@Sudhanshu1414) May 6, 2020

Walaupun Poco belum tidak mendedahkan sebarang tarikh rasmi, namun mereka sedia mengacah kehadiran peranti baru berdasarkan kicauan Twitter beberapa hari lalu.

After 256 days of waiting, today we can finally say:#POCOisBACK! pic.twitter.com/3REalj1cko

— POCO (@POCOGlobal) May 4, 2020

Spesifikasi mengenai peranti tidak dikongsikan lagi tetapi ura-ura menyatakan ia adalah berasaskan Redmi K30 Pro. Walaupun pihak Poco menyangkal dakwaan tersebut, tetapi penyenaraian pada Google Play menyatakan sebaliknya.

Google Play Supported Devices

Poco F2 Pro telah diuar-uarkan tampil dengan “cip paling berkuasa”, berkemungkinan Snapdragon 865 dan “skrin penuh”, yang menggambarkan rekaan takuk atau punch hole pada paparan. Pengeluar juga membayangkan peranti ini hadir dengan bateri berkapasiti besar dan pengecasan pantas.

Poco F2 Mungkin Dilancarkan Pada Minggu Hadapan
Full Screen
Large Battery

Khabar angin berkenaan spesifikasi, ia mempunyai variasi pilihan antara RAM 6GB/128GB serta RAM 8GB/256GB. Terdapat 4 pilihan warna bagi peranti ini iaitu Purple, White, Gray dan Blue.

Harga Poco F2 Pro juga dikatakan akan lebih mahal berbanding penawaran sebelumnya, mungkin sekitar ~RM2800 hingga ~RM3036. Adakah Poco F2 Pro akan tampil dengan bersama-sama spesifikasi yang disebutkan diatas? Kita nantikan pengumuman rasmi daripada pengeluar.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY