Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Play Music Dan Youtube Red Mungkin Digabungkan Menjadi Satu  Perkhidmatan

Play Music Dan Youtube Red Mungkin Digabungkan Menjadi Satu Perkhidmatan

Diterbitkan Julai 29, 2017 oleh Helmi Samsuri

Play Music dan Youtube Red merupakan dua produk daripada Google yang membolehkan kita menikmati perkhidmatan penstriman muzik, audio dan juga video.

Selain itu terdapat juga Youtube Music yang menawarkan perkhidmatan sama dan agak ganjil juga mengapa Google memiliki 3 medium penstriman muzik. Ada yang mungkin keliru dalam memilih servis mana yang patut digunakan dan disebabkan itu satu berita telah timbul, Play Music dan Youtuber Red mungkin akan digabungkan.

Menurut laman The Verge, Google mahu menggabungkan perkhidmatan terbabit menjadi satu perkhidmatan baru dengan misi ia dapat “mendidik” pengguna dan menarik lebih ramai pelanggan baru.

Apa itu Play Music dan Youtube Red?

Play Music merupakan perkhidmatan penstriman muzik mirip Spotify dengan penawaran versi percuma dan berbayar. Untuk versi berbayar Play Music, anda boleh mengakses beberapa ciri Youtube Red.

Youtube Red pula merupakan perkhidmatan berbayar penstriman video tanpa iklan yang mempunyai ciri memainkan muzik pada latarbelakang dan simpan video luar talian. Turut mempunyai ciri akses ke Play Music.

Jadi jika kedua-dua servis boleh mengakses antara sama lain, mengapa ia tidak digabungkan menjadi satu sahaja? Mungkin itulah yang difikirkan oleh Google ketika mencadangkan perkara ini.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY