Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel Buds Pro 2 Dan Pixel Buds 2a Terima Ciri Baharu

Pixel Buds Pro 2 Dan Pixel Buds 2a Terima Ciri Baharu

Diterbitkan Ogos 13, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 13, 2026 oleh ariff bukhari

Selain melancarkan barisan produk utama mereka iaitu siri telefon pintar Pixel 11, Google turut mengumumkan penawaran ciri baharu untuk peranti audio mereka, Pixel Buds Pro 2 dan Pixel Buds 2a.

Google memperkenalkan Gemini audio control untuk fon telinga ini yang membolehkan pengguna boleh mengawal bass, treble atau kelantangan hanya melalui arahan suara.

Pixel Buds Pro 2 dan Pixel Buds 2a juga kini diintegrasikan dengan Pixel Watch.

Apabila jam pintar Pixel mengesan anda tertidur, muzik yang sedang anda dengar dari Pixel Buds akan berhenti secara automatik, sentuhan dinyahaktifkan dan notifikasi dibisukan.

Ini memastikan tidur anda lebih lena tanpa gangguan.

Selain itu, fungsi Live Translate turut dipertingkat membolehkan komunikasi merentasi lebih 70 bahasa secara hampir masa nyata.

Hanya dengan satu sentuhan, anda boleh memahami bahasa asing dan membalas dengan terjemahan terus dari telefon Pixel anda.

Satu lagi ciri baru tapi khusus hanya pada Pixel Buds Pro 2 adalah ciri Dynamic ANC yang memastikan pembatalan hingar kekal mantap walaupun kedudukan Buds Pro 2 berubah, memberikan bunyi yang konsisten tanpa gangguan.

unnamed (2)
Sebagai tambahan, Pixel Buds Pro 2 juga menerima kemasan warna baharu Olive.

Tempahan bagi Pixel Buds Pro 2 dalam warna Olive bermula dari 12 Ogos 2026 dan kemas kini perisian dengan ciri baharu ini akan mula dilancarkan pada bulan September akan datang.

Harga jualan bagi Pixel Buds Pro 2 di Malaysia adalah RM1,099 dan Pixel Buds 2a pual berharga RM649 yang boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clnrhar
  • Lazada – https://invl.me/clnrhav

Berkaitan

  • Ini Harga Rasmi Pixel Buds Pro 2 Dan Pixel Watch 3 Di Malaysia, Bermula RM1,099
  • Google Pixel Buds Terbaru Kini Dengan Ciri ANC, Harga RM649
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY