Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google pixel 4a

Pixel 4a Akan Punyai Storan UFS 2.1 Yang Lebih Pantas Berbanding Pixel 3a

Diterbitkan Mac 15, 2020 oleh Meor Hasyim

Pixel 3a merupakan antara peranti kelas pertengahan yang sangat disukai oleh ramai pengulas berikutan prestasi kamera yang cemerlang pada masa yang sama harga yang berpatutan. Untuk model seterusnya, Google Pixel 4a, ia akan menerima penaiktarafan selayaknya dengan cip pemprosesan lebih berkuasa dan saiz RAM lebih besar.

Jika pada Pixel 3a sebelum ini Google menyertakan storan jenis eMMC yang agak lapuk dan perlahan, untuk Pixel 4a pula storan jenis UFS 2.1 akan dimuatkan. Melalui sumber yang sama juga sebelum ini, pemilik saluran YouTube TecnoLike Plus telah berkongsikan gambar peranti Pixel 4a ketika bootloader. Padanya selain maklumat peranti yang lain seperti 6GB RAM dan juga nama model sunfish, ia juga menunjukkan terdapat tulisan “Ufs: 64GB SKHynix.”

Pixel 4a Akan Punyai Storan UFS 2.1 Yang Lebih Pantas Berbanding Pixel 3a
Bootloader Pixel 4a. Gambar kredit TechnoLike Plus melalui XDA.

Ini bermakna kemungkinan besar Pixel 4a yang akan dijual secara rasmi nanti akan mempunyai jenis storan UFS yang jauh lebih pantas berbanding Pixel 3a. Secara tidak langsung aplikasi akan dibuka dan dipasang lebih pantas. Storan jenis UFS juga adalah lebih cekap tenaga berbanding eMMC.

Buat masa ini, walaupun teknologi UFS sudah sampai ke versi 3.1, namun hanya sekadar versi 2.0 sahaja pun, ia sudah sangat pantas mengalahkan kelajuan maksimum eMMC. Dengan segala naiktaraf ini, mengambil gambar pada peranti Pixel 4a semestinya akan menjadi lebih mudah dan pantas dengan perkakas yang lebih berkuasa dan juga laju.

Google Pixel 4a dikhabarkan akan dilancarkan pada Mei 2020. Namun, berikutan wabak Covid-19 yang masih lagi liar, mungkin juga kita akan melihat tarikh perubahan pelancarannya.

Sumber: TechnoLike Plus melalui XDA.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY