Pixel 4a (5G) merupakan pasangan kepada Pixel 4a yang telah diumumkan dengan naik taraf skrin lebih besar dan tambahan lensa. Manakala Pixel 5 merupakan pengganti kepada siri Pixel 4 tahun lepas jadi ia merupakan peranti yang lebih premium.
Google ada menyatakan harga permulaan kedua-dua peranti ini iaitu 499 USD iaitu peningkatan yang agak besar jika dibandingkan dengan harga Pixel 4a pada 349 USD.
Kedua-dua peranti sudah tentu akan dijana cip lebih berkuasa dengan rangkaian 5G. Minimum yang disenaraikan mungkin Snapdragon 690, namun kemungkinan besar Google akan menggunakan cip Snapdragon 765G sebagai nadi peranti.
Rekaan peranti tidak dikongsi secara rasmi oleh Google. Hanya sisi peranti sahaja yang diperlihatkan. Kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan secara rasmi pada menjelang hujung tahun (sekitar bulan September-November) dan berita mengenainya akan dikongsi Google pada bulan-bulan yang mendatang.
Sumber: Google
Berkaitan
- Microsoft: Biar Sony Umum Dahulu Harga Konsol PS5 Mereka
- HONOR 30 Pro+ Kini Peranti Dengan Kamera Kedua Terbaik DxOMark Dengan Skor 125
- Mi Band 5 Akan Dikenali Sebagai Mi Smart Band 5 Di Malaysia - Akan Tiba 24 Julai Ini
- Huawei P50 Pro Dan P50 Pocket Akan Tiba Di Malaysia 12 Januari Ini
- Acer Swift 5 Dilancarkan Dengan Cip Intel Tiger Lake Dan Grafik Nvidia MX350
- TM Lebih Berminat Dengan 700MHz Berbanding 3.5GHz Untuk Liputan Lebih Luas Dalam Kawasan Luar Bandar
- 'Membawang' Di Media Sosial Boleh Dikenakan Denda Maksimum RM50,000 Atau Penjara Setahun
- realme Ada Adik Baharu - realme 9i Dengan Snapdragon 680 Dan Kamera 50MP
- Versi "Lite" Untuk OPPO Find X2 Diperlihatkan - Bakal Guna Snapdragon 765, Sokongan 5G, Dan Bateri 4025mAh
- Google Pixel 4a Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada Minggu Hadapan