Pixel 3a Dan Pixel 3a XL Didapati Mudah Dibaik Pulih

iFixit memberikan 6 mata daripada per sepuluh keupayaan peranti tersebut untuk dibaik pulih.


Pixel 3a dan Pixel 3a XL adalah telefon pintar Android bajet sederhana yang baru sahaja diperkenalkan Google. Ia menggunakan plastik (polycarbonate) sebagai luarannya dan tidak menyokong ciri telefon pintar premium yang lain seperti pengecasan tanpa wayar dan kalis air.

Tidak lama selepas ia diperkenalkan, kedua-dua peranti tersebut telah pun ditanggalkan perkakasannya oleh laman popular baik pulih peranti elektronik, iFixit.

iFixit selepas membedah perkakasan dalam peranti tersebut menyimpulkan bahawa, kebanyakkan komponen yang ada dalam peranti ini adalah mudah diganti dan dibaik pulih.

https://www.youtube.com/watch?v=anoFNPXo2yA

Malah pelekat yang digunakan juga adalah jenis mesra baik pulih serta hanya menggunakan skru standad jenis T3 Torx bagi menyambungkan antara perkakasan di dalamnya.

Walaubagaimanapun, iFixit mengingatkan pengguna supaya perlu lebih berhati-hati dengan kabel nipis yang menyambungkan komponen di dalamnya kerana ia sangat mudah tertanggal dan sekaligus menyebabkannya mudah putus.

Secara keseluruhan, iFixit memberikan markah keupayaan Pixel 3a dan Pixel 3a XL untuk dibaik pulih sebanyak 6 daripada 10 markah. Maksudnya kedua-dua peranti ini mudah diganti dan dibaik pulih.