Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Maps Kini Memberitahu Pengguna Masa Sesuai Untuk Bertolak Dan Sampai Ke Destinasi

Lihat Kelajuan Pemanduan Anda Di Aplikasi Google Maps Dengan Mengaktifkan Ciri Speedometer

Diterbitkan Julai 8, 2019 oleh ariff bukhari

Ciri Google Maps speedometer akan berubah warna sekiranya anda melebih had laju di sesuatu kawasan.

Sekiranya anda menggunakan aplikasi Google Maps ketika sedang memandu kenderaan, anda kini boleh menyemak kelajuan kenderaan anda dengan mengaktifkan ciri speedometer yang diperkenalkan dalam aplikasi tersebut.

Selain menyemak kelajuan kenderaan, ia juga akan memaparkan amaran menerusi perubahan warna sekiranya anda memandu lebih daripada had laju yang dibenarkan untuk jalan tersebut.

Untuk mengaktifkan ciri ini pada Google Maps, sentuh pada bahagian Menu Lihat Kelajuan Pemanduan Anda Di Aplikasi Google Maps Dengan Mengaktifkan Ciri Speedometer. Kemudian di bahagian Setting, pilih Navigation Settings. Seterusnya di bahagian ini aktifkan ciri Speedometer.

Lihat Kelajuan Pemanduan Anda Di Aplikasi Google Maps Dengan Mengaktifkan Ciri Speedometer

Selepas mengaktifkannya, speedometer akan memaklumkan kepada anda sekiranya anda memandu lebih had laju jalan tersebut menerusi perubahan warna pada penunjuk kelajuan.

Lihat Kelajuan Pemanduan Anda Di Aplikasi Google Maps Dengan Mengaktifkan Ciri Speedometer

Google menyatakan bahawa fungsi speedometer disediakan untuk “tujuan maklumat sahaja”, bukan sebagai info mutlak kepada penggunanya.

Ciri ini merupakan salah satu ciri baru yang diperkenalkan oleh Google untuk pengguna aplikasi Google Maps selain daripada ciri-ciri menarik yang lain termasuklah melaporkan lokasi palsu dan mainkan lagu pada aplikasi Google Maps.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY