Google Perkenalkan Pixel 3a Dan Pixel 3a XL

Pixel 3a berharga USD399 dan Pixel 3a XL berharga USD479.


Google hari ini di Acara Google IO 2019 telah perkenalkan 2 telefon pintar bajet sederhana mereka iaitu Pixel 3a dan Pixel 3a XL.

Kehadiran 2 telefon pintar Android terbaru Google ini adalah lebih dilihat sebagai percubaan mereka untuk menjual lebih banyak telefon pintar bagi kategori peranti bajet berikutan minat pengguna kini menunjukkan mereka lebih cenderung untuk membeli peranti bajet sederhana berbanding telefon pintar premium.

Tetapi walaupun Pixel 3a dijual pada harga yang jauh lebih murah dari telefon pintar premium Pixel 3 atau telefon pintar premium Android yang lain, Pixel 3a masih memiliki ciri-ciri yang ada pada sebuah telefon pintar premium.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=vc7LlUtQgNw

Pixel 3a dilengkapi dengan paparan OLED bersaiz 5.6" bagi Pixel 3a dan 6.0" bagi pixel 3a XL.

Ia turut dilengkapi dengan kamera belakang 12.2MP dual-pixel yang menyokong teknologi Google’s HDR+ bagi menangkap gambar sempurna untuk mod potrait, Super Res Zoom dan gambar malam yang jelas walaupun dalam cahaya yang rendah.

Ia juga didatangkan bersama pengecas kuasa 18W yang membolehkan peranti tersebut dicas dalam masa 15 minit sahaja sekaligus membolehkan peranti mampu bertahan sehingga 7 jam.

Dan sekiranya bateri Pixel 3a dicas penuh, ia boleh bertahan sehingga 30 jam.

Selain itu, Google Pixel 3a turut menyokong ciri terbaru seperti realiti maya (AR) bagi aplikasi Google Maps dan rakaman video Time lapse.

Berikut adalah  spesifikasi ringkas Pixel 3a dan Pixel 3a XL:-













































































































Spesifikasi Pixel 3A Pixel 3A XL
Paparan 5.6 inci 6.0 inci
Resolusi 2220 x 1080 2160 x 1080
Prosessor Snapdragon 670 (2.0GHz and 1.7GHz, octa-core) Snapdragon 670 (2.0GHz and 1.7GHz, octa-core)
RAM 4GB 4GB
Storan 64GB 64GB
Kamera Belakang 12 megapiksel 12 megapiksel
Kamera Hadapan 8 megapiksel 8 megapiksel
Bateri 3,000mAh 3,700mAh
Kalis Air N/A N/A
Pengecas Tanpa Wayar? Tidak Tidak
Sambungan USB-C, fon kepala 3.5mm USB-C, fon kepala 3.5mm
Berat 145.14 g 167.82 g
Dimesi 6.0 x 2.80 x 0.30 6.30 x 3.00 x 0.30
Harga USD399.00 USD479.00

Untuk info penuh spesifikasi Pixel 3a dan Pixel 3a XL ini, sila layari laman rasminya di store.google.com.

P/s: Skrin Pixel 3a tidak menggunakan Corning Gorilla Glass, sebaliknya menggunakan  Dragontrail glass