Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Doodle Memperingati Biduanita Negara Saloma

Google Doodle Memperingati Biduanita Negara Saloma

Diterbitkan November 26, 2020 · Dikemas kini November 26, 2020 oleh ariff bukhari

Google hari ini memberikan penghormatan istimewa kepada Saloma menerusi Doodle mereka.

Ia sebagai memperingati penganugerahan gelaran Biduanita Negara oleh Kerajaan Malaysia yang diberikan kepada lagenda seniwati negara itu pada 26 November 1978.

Saloma atau nama sebenarnya Salmah Bt. Ismail dilahirkan pada 22 Januari 1932 di Singapura.

Beliau merupakan seorang pelakon, penyanyi dan juga ikon fesyen terkenal antara tahun 1950 dan 1980an.

Beliau pada awalnya memulakan karier sebagai penyanyi sejak remaja menerusi persembahan di majlis perkahwinan dan kelab-kelab malam. Suaranya yang unik ‘lemak merdu’ itu menaikkan populariti beliau dalam bidang seni suara.

Pada pertengahan tahun 1950an barulah beliau beralih pula dengan menceburkan diri dalam bidang lakonan dan terus menjadi figura selebriti pada eranya sehinggala sekarang.

Dalam tahun 1961, beliau telah berkahwin dengan ikon seniman lagenda negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Allahyarhamah Saloma meninggal dunia pada 25 April 1983 pada usia 51 tahun.

Sumber: Google

P/s: Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarharmah Salmah Bt. Ismail yang pernah menjadi tunjang kepada industri kreatif negara suatu ketika dahulu. Al-Fatihah (dibaca).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY