Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembangun Aplikasi ToTok Didakwa Mengintip Penggunanya

ToTok Kini Kembali Ditawarkan Dalam Google Play Store

Diterbitkan Januari 7, 2020 · Dikemas kini Januari 7, 2020 oleh ariff bukhari

Sebelum ini aplikasi tersebut dituduh mengintip penggunanya.

Google secara diam-diam telah memasukkan semula aplikasi kontroversi, ToTok ke dalam Play Store selepas hampir sebulan aplikasi itu dibuang dari ditawarkan di stor mereka.

ToTok yang dibangunkan oleh pembangun dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ini dituduh sebagai sebuah aplikasi intip yang menjejaki penggunanya.

Aplikasi tersebut didakwa mengakses data teks yang dihantar pengguna, mengutip data lokasi serta merakam audio menerusi peranti.

Berikutan tuduhan itu, ToTok menafikan dakwaan tersebut dan sudah berhubung dengan pihak Google bagi menyelesaikan isu ini.

ToTok adalah aplikasi sembang sosial alternatif kepada WhatsApp dan Skype yang membolehkan pengguna menghantar mesej teks, audio dan bergambar, membuat panggilan audio HD serta video HD berkumpulan sehingga 20 orang sekaligus.

Ia ditawarkan kepada pengguna peranti Android secara percuma yang boleh dimuat turun dari laman Google Play Store atau HUAWEI AppGalery (belum ditawarkan untuk pengguna peranti iOS buat masa ini).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
©2026 WISER.MY