Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Petronas Lubricants BlueShark_

Petronas Lubricants, BlueShark Perluas Akses Servis Motosikal EV

Diterbitkan Mei 12, 2026 · Dikemas kini Mei 12, 2026 oleh Amalina Athman

Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMMSB) bersama BlueShark Malaysia telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperluaskan sokongan perkhidmatan selepas jualan bagi motosikal elektrik.

Melalui kerjasama ini, sebanyak lima cawangan Petronas MotoExpert telah dilantik sebagai pusat servis sah bagi motosikal elektrik Blueshark dan SoloEra, dengan perluasan ke lebih banyak lokasi akan dilaksanakan secara berperingkat.

Lima lokasi yang terlibat ialah Petronas MotoExpert Taman Sri Gombak (Fast Garage Gombak), Taman Bukit Mewah (Dania Garage Kajang), LDP Subang (Tokan Tayar Subang Jaya), Autoville Cyberjaya (Get Geared Bikers Cyberjaya) dan Kota Damansara (Triple A Garage Kota Damansara).

Selain menyediakan perkhidmatan selepas jualan, kedua-dua pihak turut merancang untuk meneroka kerjasama dalam tiga bidang utama, iaitu memperluas liputan servis melalui penyedia perkhidmatan bertauliah dalam rangkaian Petronas MotoExpert, melaksanakan kempen pemasaran bersama, jelajah promosi dan inisiatif libat urus pelanggan, serta mewujudkan lebih banyak pusat jualan dan perkhidmatan baharu untuk pelanggan individu dan operator di seluruh negara.

Kerjasama ini menggabungkan kepakaran Blueshark dalam motosikal elektrik dengan ekosistem perkhidmatan Petronas MotoExpert yang sedia ada di Malaysia.

Dengan langkah ini, pemilik motosikal elektrik Blueshark dan SoloEra dijangka dapat menikmati pengalaman pemilikan yang lebih lancar dan meyakinkan, khususnya dari segi penyelenggaraan dan sokongan selepas jualan.

Berkaitan

  • Perkara Utama Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Skuter EV Solo 1C
  • Senarai Model Motosikal EV CKD Dengan Rebat RM2,400 - Bah. 1
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Skuter Elektrik EZI RAY-01 Tiba Di Malaysia, Hanya RM2,288

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY