Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PETRONAS and CelcomDigi

PETRONAS Dan CelcomDigi Berkolaborasi Pacu Tekno-Digital 5G Dan Tenaga Mampan

Diterbitkan April 26, 2024 oleh ariff bukhari

PETRONAS dan CelcomDigi umum kolaborasi melalui Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memacu usaha transformasi digital dan kemampanan untuk industri tenaga dengan memanfaatkan kuasa 5G.

Kerjasama strategik dua tahun ini akan menyaksikan PETRONAS dan CelcomDigi meneroka usaha industri tekno-digital melalui penggunaan teknologi 5G untuk menjana penambahbaikan yang berterusan merentasi keseluruhan operasi PETRONAS.

Selain itu, kerjasama tersebut juga akan meneroka peluang untuk menyepadukan penyelesaian tenaga bersih ke dalam tawaran perusahaan CelcomDigi bagi memacu penerapannya dalam kalangan perniagaan di Malaysia.

“PETRONAS berperanan penting dalam menyokong agenda teknologi negara bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam inovasi di persada dunia. Kami menerajui penerapan teknologi 5G untuk perusahaan di Malaysia pada tahun lalu, susulan kejayaan kami dalam menerapkan rangkaian persendirian 5G di Terminal Pengegasan Semula di Sungai Udang (RGTSU) serta menyaksikan peningkatan kecekapan dalam operasi kami.” Naib Presiden Teknologi dan Pengkomersilan Kumpulan PETRONAS, Aadrin Azly.

Beliau menambah, “Kerjasama ini menawarkan kami peluang menarik untuk mengembangkan kuasa 5G bagi perusahaan dan komuniti kami yang lebih luas. Kami berazam membina satu infrastruktur rangkaian yang kukuh bagi memenuhi kenaikan permintaan terhadap akses yang boleh dipercayai kepada internet berkelajuan tinggi dalam sektor minyak dan gas.”

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Albern Murty berkata, “Dalam tempoh lima tahun lalu, kami telah bekerjasama rapat dengan PETRONAS untuk melaksanakan rangkaian 4G LTE persendirian pada platform luar pesisir serta menguji pelbagai kes kegunaan digital.”

PETRONAS dan CelcomDigi telah menjalinkan kerjasama sejak sekian lamanya bermula tahun 2019, dengan pelaksanaan rangkaian 4G LTE persendirian yang pertama di Angsi, salah satu platform luar pesisir terbesar untuk PETRONAS.

Projek terbaharu ialah pelancaran rangkaian 5G persendirian pertama di Kasawari Carbon Capture and Storage (CCS), platform luar pesisir utama PETRONAS yang berhampiran Sarawak.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Siaran media bersama CelcomDigi dan Petronas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY