Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pesanan Di Shopee Sempena Promosi 9.9 Meningkat 3 Kali Ganda Berbanding Tahun Lalu

Pesanan Di Shopee Sempena Promosi 9.9 Meningkat 3 Kali Ganda Berbanding Tahun Lalu

Diterbitkan September 11, 2019 oleh Helmi Samsuri

Tarikh 9.9 yang lalu merupakan hari paling sibuk bagi platform beli nombor satu negara, Shopee yang mana promosi jualan 9.9 Super Shopping Day telah dijalankan.

Kemeriahan promosi di Shopee bukan hanya berlangsung pada 9.9 tetapi ia telah dimulakan lebih awal iaitu sekitar pertengahan Ogos lalu yang menyediakan pelbagai tawaran serta diskaun menarik untuk pembeli.

Menerusi 9.9 Super Shopping Day, Shopee telah berjaya meningkatkan jumlah pesanan 3 kali ganda berbanding tahun 2018, sebanyak 187,606 barangan dijual dalam seminit pada waktu puncaknya dan lebih daripada 113 juta tawaran ditawarkan.

Pesanan Di Shopee Sempena Promosi 9.9 Meningkat 3 Kali Ganda Berbanding Tahun Lalu

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, “Sebagai pencipta 9.9 Super Shopping Day, kami bangga melihat acara membeli-belah utama kami menjadi tarikh penting dalam kalendar membeli-belah dalam talian di rantau ini. Disebabkan oleh pertumbuhan dan kejayaannya yang berterusan, para peniaga runcit luar dan dalam talian serta laman web membeli-belah dalam talian lain telah mengalami demam 9.9.”

“9.9 Super Shopping Day tahun ini menyaksikan kami melangkaui semua jangkaan apabila kami menyimpulkan hari yang tidak dapat dilupakan pada 9 September, mencapai kejayaan baru kerana lebih ramai jenama, penjual dan rakan kongsi menyertai Shopee untuk acara membeli-belah utamanya. Kami berterima kasih atas sokongan luar biasa mereka dalam memberi yang terbaik kepada pengguna kami”  tambah Ho.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY