Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pertandingan The International 7 Membuka Tirai Awal Pagi Ini

Pertandingan The International 7 Membuka Tirai Awal Pagi Ini

Diterbitkan Ogos 3, 2017 oleh Wiser MY

Acara tahunan permainan dota 2, The International 2017 memulakan saingan pada awal pagi hari ini.

Sebanyak 18 pasukan bersaing sesama sendiri untuk merebut hadiah kemenangan lebih dari RM 100 juta.

Malaysia yang diwakili oleh organisasi Fnatic bermula agak teruk kerana kalah dalam semua perlawanan dan berada di tangga terbawah kumpulan A.

Pemain Malaysia untuk pasukan lain pula ialah Ah Fu dari pasukan LGD Forever Young (LFY) dan MidOne dari pasukan Secret.

LFY mengungguli kumpulan B tanpa sebarang kekalahan manakala pasukan Secret memenangi 2 perlawanan dan kalah 4 lagi perlawanan.

Untuk kumpulan A pula, pasukan LGD menerajui kumpulan setelah menang kesemua perlawanan untuk hari pertama.

Masih awal untuk menentukan siapa yang bakal memenangi pertandingan ini namun setiap pasukan terbaik dari setiap rantau menunjukkan prestasi yang dijangkakan.

Di bawah merupakan kedudukan terkini selepas pertandingan hari pertama:

Pertandingan The International 7 Membuka Tirai Awal Pagi Ini

Pertandingan akan diteruskan pada hari ke-2 pada awal pagi nanti. Dapatkah Fnatic bangkit semula seperti apa yang mereka lakukan di The International edisi sebelum ini?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY