Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pertama Kali Dalam Sejarah, EV Tesla Ini Jadi Kereta Terlaris Di Dunia Atasi Toyota Corolla 

Pertama Kali Dalam Sejarah, EV Tesla Ini Jadi Kereta Terlaris Di Dunia Atasi Toyota Corolla 

Diterbitkan Jun 21, 2024 · Dikemas kini Jun 21, 2024 oleh ariff bukhari

Buat pertama kalinya dalam sejarah untuk Kereta Elektrik (EV), Tesla menerusi Model Y telah berjaya menjadi sebagai kereta penumpang paling popular di dunia, sekali gus mengatasi Toyota Corolla pada 2023.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jato Dynamics, Tesla menjual sejumlah 1.22 juta kenderaan Model Y di seluruh dunia pada 2023 iaitu peningkatan sebanyak 64 peratus tahun ke tahun.

Walaupun Corolla dipercayai memegang gelaran itu berturut-turut sejak 2005, tahun ini menyaksikan jualan Toyota jatuh sebanyak 19 peratus, meletakkannya di kedudukan keempat.

Walau bagaimanapun, trend pembeli di seluruh dunia yang menggemari kenderaan utiliti sukan (SUV) RAV4 meletakkan Toyota di tempat kedua dengan jualan sebanyak 1.08 juta.

Manakala Honda CR-V pula menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan 846,000 kenderaan terjual.

Top 25 models FY 2023 Global

Jato Dynamics dalam laporannya berkata, pencapaian Tesla menerusi Model Y sebagai mengagumkan kerana walaupun tanpa kehadirannya dalam kebanyakan pasaran dan pemain baru dalam industri, ia mampu bersaing dengan pantas.

“Tesla ialah jenama yang dibuat untuk dunia maju. Walaupun pada masa ini ia tidak dapat menyasarkan pasaran ini, terdapat potensi untuk pasaran baru muncul untuk diterokai sebagai sumber pertumbuhan tambahan pada masa hadapan.” Felipe Munoz, Penganalisis Kanan di JATO Dynamics.

Namun begitu, JATO Dynamics mendapati, jenama-jenama kenderaan dari Jepun masih mengekalkan kedudukan kukuh dalam pasaran global dengan jumlah 23.59 juta unit.

Sales by brands origin

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • smart Malaysia Perkenal Program smartCare, Tumpu 8 Ciri Penting Kepada Ekosistem Servis Selepas Jualan

Sumber: JATO Dynamics

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY