Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta glass

Meta Kini Kuasai 81% Pasaran Cermin Mata Pintar Global

Diterbitkan September 24, 2026 · Dikemas kini September 24, 2026 oleh ariff bukhari

Pasaran kaca mata AI global mencatat rekod baharu dengan penghantaran sebanyak 4.2 juta unit pada separuh pertama 2026, melonjak 127% berbanding tahun lalu.

Menurut laporan Omdia, pertumbuhan pesat ini didorong oleh dominasi Meta serta kemunculan pesaing baharu dari China.

Meta kekal peneraju pasaran dengan 3.4 juta unit dihantar, sekali gus menguasai 81.3% pasaran.

Kejayaan ini dipacu oleh populariti siri Ray-Ban Meta yang menekankan gaya dan fungsi pintar.

Meta Kini Kuasai 81% Pasaran Cermin Mata Pintar Global
Mark Zuckerberg baru sahaja memperkenalkan cermin mata pintar terbaru, Meta Ray-Ban Display yang dilengkapi paparan warna penuh beresolusi tinggi, yang disokong dengan Meta Neural Band iaitu gelang tangan EMG yang menterjemah isyarat pergerakan otot jejari penggunanya menjadi arahan khusus pada cermin mata tersebut.
Meta Ray-Ban Display
Meta Ray-Ban Display.

Sementara itu, Even Realities muncul sebagai pesaing kedua dengan 102,000 unit, menonjol melalui reka bentuk nipis dan ciri produktiviti seperti transkripsi masa nyata.

China pula menyumbang lonjakan besar dengan peningkatan 306% YoY, didorong oleh syarikat seperti Alibaba, INMO, dan Xiaomi.

Gabungan vendor China kini merangkumi 46.1% daripada jumlah penghantaran, menandakan kepelbagaian reka bentuk dan strategi yang semakin matang.

Meta Kini Kuasai 81% Pasaran Cermin Mata Pintar Global
Meta Kini Kuasai 81% Pasaran Cermin Mata Pintar Global

Namun, penganalisis menekankan bahawa tiada satu formula seragam untuk pasaran ini di mana kategori produk ini menunjukkan pengguna mencari pelbagai bentuk dan fungsi.

 

“Memandangkan kategori ini terus mempelbagaikan bentuk fizikal dan ciri-cirinya, ini sudah pasti akan menjadi trend penentu bagi pasaran global.” Jason Low, Pengarah Penyelidikan di Omdia.

Dalam masa sama, isu privasi kamera sentiasa aktif menjadi cabaran utama.

Syarikat perlu telus tentang data yang dirakam, cara ia digunakan, dan memastikan ia tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Amazfit Lancar T-Rex Dual Solar, Jam Pintar AMOLED Pertama Di Dunia Dengan Pengecas Solar
  • Meta Perkenal Cermin Mata Pintar Tanpa Kamera Susulan Kebimbangan Privasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Lancar Power Auro 2000 Elite, Stesen Kuasa 2kWh Lebih Kompak Pada Harga RM6,509
©2026 WISER.MY