Ini alasan Samsung...
Samsung awal hari ini telah pun perkenalkan kepada dunia 2 model terbaru peranti pintar mereka iaitu Samsung Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+.
Samsung telah melakukan beberapa penambahbaikan dan perkenalkan beberapa ciri terbaru untuk model Galaxy Note 10 ini seperti aksesori S-Pen yang menyokong ciri Air Action serta kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4300mAh dengan pengecasan pantas.
Selain itu, ciri terbaru yang ada pada peranti pintar ini adalah... tiada lagi bicu audio 3.5mm. Ciri yang sudah 'digunakan' Apple sejak 2016 lalu pada iPhone 7 sehinggalah model terkini.
Sebelum ini Samsung pernah menyindir Apple apabila pengeluar iPhone itu tidak lagi melengkapi sambungan audio 3.5mm pada telefon pintar mereka.
https://www.youtube.com/watch?v=CzzxUVMGlik
Menurut pihak Samsung yang memaklumkan kepada The Verge apabila ditanya tentang perkara ini, mereka menyatakan bahawa ketiadaan sambungan audio 3.5mm pada Galaxy Note 10 adalah kerana bagi memberi ruang yang lebih besar untuk bateri peranti tersebut. Sekaligus meningkatkan kapasiti bateri sekitar 2 hingga 3 peratus.
Selain itu adalah bagi menambah baik tindak balas daya sentuh skrin kerana tiada lagi ruang kosong di dalam peranti tersebut.
Alasan yang diberikan Samsung ini kedengaran agak lemah kerana boleh pula mereka menyediakan ruang untuk menyimpan aksesori stylus S-Pen pada peranti tersebut.
Kepada pengguna pula, anda terpaksa menerima dan membiasakan diri dengan penggunaan fon telinga tanpa wayar.
Berkaitan
- Sokongan Ke Atas Windows 10 Versi 1909 Akan Ditamatkan Dalam Bulan Mei Ini
- Ini Senarai 10 Telefon Pintar 'Flagship' Android Paling Berprestasi Bagi Februari 2023 - AnTuTu
- Sebahagian Pengguna Windows 10 v1809 Dinasihatkan Supaya Tidak Mengemas Kini Windows Mereka
- Kini Anda Boleh Beli Barangan Samsung Dengan GrabPay atau PayLater by Grab
- Beli Galaxy Z Flip5 Atau Z Fold5 Dan Dapatkan Ganjaran Bernilai Hampir RM1,800
- 43 Model Telefon Pintar Galaxy Ini Sepatutnya Sudah Terima Naik Taraf Android 13 Dan One UI 5.0
- Samsung Akan Mengilangkan Kesemua Siri Cip Pemprosesan Snapdragon 875
- Iklan Samsung Galaxy Memperolok iPhone Memakan Diri
- Apple Atasi Samsung Kuasai Pasaran Telefon Pintar Eropah
- Pengguna Windows 10 v1903 Akan Dipaksa Terima Naik Taraf Ke Windows 10 v1909