Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Naikkan Storan Minimum Untuk Windows 10 Dari 12GB Kepada 32GB

Sokongan Ke Atas Windows 10 Versi 1909 Akan Ditamatkan Dalam Bulan Mei Ini

Diterbitkan April 15, 2021 · Dikemas kini April 15, 2021 oleh ariff bukhari

Jika anda masih menggunakan Windows 10 Versi 1909, anda dinasihatkan supaya menaik taraf sistem komputer Windows anda kepada versi terkini sebelum bulan Mei ini.

Atau secara tepatnya adalah pada 11 Mei 2021 nanti.

Ini kerana Microsoft telah memaklumkan bahwa mereka akan menamatkan sepnuhnya sokongan ke atas Windows 10 versi1909.

Edisi Windows 10 versi 1909 yang akan ditamatkan sokongan itu termasuklah edisi Windows 10 Home, Pro, Pro for Workstation dan Server SAC editions.

Penamatan sokongan itu bermakna kesemua versi Windows 10 tersebut tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini keselamatan bulanan dan kemas kini ciri-ciri baru yang dapat melindungi komputer pengguna daripada sebarang ancaman keselamatan siber selepas dari tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun, bagi pengguna Windows 10 versi 1909 bagi edisi Enterprise, Education, IoT Enterprise, dan Nano Container images, mereka masih akan menerima sokongan kemas kini dari pihak Microsoft buat masa ini.

Windows 10 versi 1909 pertama kali ditawarkan kepada para pengguna dalam bulan November 2019 dahulu.

Versi terkini Windows 10 ketika ini adalah Windows 10, versi 20H2.

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY