Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Windows 7 Kini Sudah Mula Beralih Kepada Windows 10

Sebahagian Pengguna Windows 10 v1809 Dinasihatkan Supaya Tidak Mengemas Kini Windows Mereka

Diterbitkan Oktober 19, 2019 · Dikemas kini Oktober 19, 2019 oleh ariff bukhari

Khususnya pengguna Windows 10 yang memasang ciri keselamatan Microsoft Defender Advanced Threat Protection (ATP).

Microsoft telah melepaskan kemas kini terbaru KB4520062 (OS Build 17763.832) kepada pengguna Windows 10. Dalam kemas kini ini antara kandungan utamanya adalah bagi memperbetulkan paparan pada butang Menu Start kepada pengguna yang menaik taraf Windows 10 mereka kepada versi 1809 dari versi Windows 10 terdahulu.

“Prevents blank tiles from appearing in the Start menu when you upgrade to Windows 10, version 1809 from any previous version of Windows 10. ”

Kemas kini tersebut merupakan yang kedua dilepaskan dalam bulan Oktober kepada pengguna Windows 10 versi 1809.

Sungguhpun begitu, Microsoft menasihatkan kepada pengguna Windows 10 tersebut  yang ada memasang ciri keselamatan Microsoft Defender Advanced Threat Protection (ATP) pada komputer mereka supaya tidak memuat turun dan memasang kemas kini terbaru itu.

Ini kerana Microsoft menyatakan kemas kini ini mungkin akan menyebabkan ciri keselamatan ATP tidak dapat berfungsi.

“After installing this update, the Microsoft Defender Advanced Threat Protection (ATP) service might stop running and might fail to send reporting data. You might also receive a 0xc0000409 error in Event Viewer in MsSense.exe.”

Tetapi isu ini tidak menjejaskan ciri keselamatan Microsoft Windows Defender Antivirus. Microsoft memaklumkan mereka sedang berusaha memperbetulkan masalah ini dan menjangkakan penyelesaian hanya akan hadir dalam kemas kini pertengahan November nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY