Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Z Flip5 dan Fold5

Beli Galaxy Z Flip5 Atau Z Fold5 Dan Dapatkan Ganjaran Bernilai Hampir RM1,800

Diterbitkan Oktober 3, 2023 ยท Dikemas kini Oktober 3, 2023 oleh ariff bukhari

Samsung sedang mengadakan promosi ke atas pembelian telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5 dengan menawarkan ganjaran bernilai hampir RM1,800.

Nilai ganjaran itu meliputi jam pintar Galaxy Watch5 Bluetooth 40mm bernilai RM899 yang diberi secara percuma, rebat segera sebanyak 5% (bernilai sehingga RM249.95) untuk pembelian kali pertama dan rebat bernilai sehingga RM600 apabila anda trade-in (tukar beli) dengan peranti lain.

Screenshot 2023-10-03 at 3.15.43 PM
Samsung tawar rebat tukar beli peranti untuk pelbagai model telefon pintar dan jenama. Tapi untuk jam pintar dan tablet hanya ditawarkan untuk peranti dari Samsung dan Apple sahaja.

Selain itu, anda juga layak menerima tawaran lain dari Samsung termasuklah diskaun 40% untuk Samsung Care+, 1% Samsung Rewards dan diskaun sehingga 10% ke atas pembelian peranti Galaxy terpilih.

Galaxy Z Flip5 Dan Fold5 masing-masing berharga dari RM4,499 dan RM6,799. Tawaran ganjaran Samsung ini sah sehingga 12 Oktober 2023.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi Samsung Malaysia.

Berkaitan

  • (Reaksi Awal) Samsung Galaxy Z Flip5 Dan Fold5 - 5 Generasi Untuk Lengkapkan Lipatan
  • Samsung Sah Akan Umum One UI 6 Pada SDC 2023
  • Senarai Terkini Telefon Pintar Yang Menyokong 5G Malaysia Setakat Ogos 2023

(Beli pelbagai produk Samsung dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY